Tuesday 9 July 2013

Salam Ramadhan 1434

assalamualaikum n sejahtera.

Malam ni sudah mula kita yang umat islam bersolat sunat tarawih. Semoga Allah panjangkan usia kita untuk bersama-sama menyambut ramadhan. dan semoga kita beristiqomah dalam mengerjakan amalan yang wajib mahupun yang sunat di bulan mulia ini.

Sedikit input yang ingin di kongsi bersama (dari kuliah maghrib semalam), mulakan semua yang baik dengan tangan kanan. makan juga dengan tangan kanan (walaupun makan 'steak' dan seangkatan dengannya). Sunnah Rasulullah, mengajar kita menggunakan tangan kanan untuk makan dan minum (biarpun sudu/cawan yang pegang kotor dengan bekas makan kita). Habiskan semua makanan yang ada didalam pinggan kita (licin) kerana kita tidak tau yang mana satu antara makanan kita itu yg membawa barakah kepada kita.
Wallahualam.

Apapun, selamat menyambut ramadhan. Semoga kesempatan berpuasa ini lebih dimanfaatkan kita untuk berbuat amal. dan semoga Allah memberkati usaha kita ^^,


No comments:

Post a Comment